Aisyah Zahraa | Teddy Bear

Az posing dengan teddy2 bear..huhu..buat masa sekarang saja dah ada 5..haha..bear paling besar tu mama papa az yang belikan..dan sizenya lebih besar daripada aisyah..hahaha..apa pun memang sedap aisyah nak peluk..hehehe..thank you mama papa..nanti beli lagi-lagi besar boleh? ..nak yang camni...
Oklah yang warna putih ade pakai bow tie tu aisyah dapat hadiah dari mak ngah aisyah..thank you mak ngah rock!♥♥ for this teddy bear..hahaha..kalau tak silap yang putih ni teddy bear yang first aisyah..huhu..
yang sebelah kiri aisyah teddy bear ni pun smart dengan bow tienya..huhu..dan yang ni aisyah selalu bawa masa pergi rumah pengasuh dan automatik setiap pagi bila kat pintu nak keluar rumah nak pergi pengasuh dia cakap "beeybeeyy" , "beeybeeyy","beeybeeyy" ..suruh ambil teddy bear ni..huhuhu..oh ya..teddy bear ni mok su aisyah yang bagi..thank you moksu!!♥♥♥..apa yang penting salah satu mata teddy bear ni dah hilang...cer tengok cer tengok!!..ada tak? hahaha..
Patrick spongebob pun ada..huhu..biasanya Patrick spongebob jadi reserve bila teddy bear nak bawa pergi pengasuh kena basuh..huhuhu..dan yang kecik pink panther aisyah tengah pegang tu kan..aisyah suka dodoikan dia dalam buai..sabarlah jer la mamapapa kan walaupun sepatutnya aisyah yang kena dodoi dalam buai kan...hahahaha..love u ♥♥♥ mamapapa..
♥♥♥
Pendapat Imam Abdul Rahman Abdul Khalaq,Syeikh Qardhawi dan Abdullah Alwan. 
Tidak ada illah untuk diagung-agungkan,dan tidak ada illah untuk dibuat ibadah malah dihinakan.
Hadis Aisyah r.a;
"Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? 
Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); 
kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? 
Jawab Aisyah: Kuda.
Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? 
Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. 
Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? 
Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? 
Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya."
(Riwayat Abu Daud)
Yang dimaksud anak-anak perempuan di sini ialah boneka pengantin yang biasa dipakai permainan oleh anak-anak kecil. Sedang Aisyah waktu itu masih sangat muda.

Imam Syaukani mengatakan: 
Hadis ini menunjukkan, bahwa anak-anak kecil boleh bermain-main dengan boneka (patung).

Qadhi Iyadh berpendapat bahwa anak-anak perempuan bermain-main dengan boneka perempuan itu suatu rukhsah (keringanan).Kesimpulanya,berdasarkan kekuatan dalil-dalil pendapat iaitu anak patung permainan kanak-kanak dibolehkan oleh Syarak.  
Wallahualam bi shawab.