Aisyah Zahraa | Bayi Merangkak

Merangkak
Aktiviti merangkak membantu anak anda menguatkan otot-ototnya supaya boleh berjalan dan ia adalah kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri.

Untuk cara merangkak tipikal, mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.
Bila ia berkembang

Kebanyakkan bayi belajar merangkak di antara usia enam dan sepuluh bulan. Tetapi sesetengah kanak-kanak langsung tidak merangkak, sebaliknya memilih untuk bergerak dengan mengheret punggung, melata atas perut, atau terus maju ke tahap menarik badan naik, berdiri dan berjalan.

Kepentingannya ialah mencapai pergerakan, tak kira caranya anak anda mencapainya.
Peranan anda

Sama seperti kemahiran menjangkau dan mencekup, cara terbaik untuk menggalakkan pergerakan merangkak ialah meletakkan mainan atau objek yang diinginkan -- termasuk diri anda -- cuma sedikit di luar jangkauan bayi anda.

Anda juga boleh menggunakan bantal, kotak dan kusyen sofa untuk dijadikan laluan berhalangan yang perlu diatasinya. Ini akan menolong menambah keyakinan, kepantasan dan kecerdasannya.
 Jangan tinggalkan dia berseorangan -- jika dia terperangkap di bawah bantal atau kotak, dia pasti akan ketakutan dan berkemungkinan kesesakan nafas.