Aisyah Zahraa | Aktiviti

Dalam seminit dua..Kanak-kanak penuh dengan kegiatannya misalnya berlari, melompat,menjerit,menyanyi dan banyak lagi kegiatan yang membuatkan mereka gembira.
Sudah bosan dengan aktiviti ini dia akan mencari aktiviti lain. Jadi mama abah usaha membantu kamu .
Selain finger painting, mainan doh, melukis, bermain dengan air /cawan semua..
mama abah cuma mahu kamu lebih fokus dan tingkatkan keyakinan diri kamu. Itu sudah bagus, mama abah hargai usaha kamu apa pun hasilnya. Kami tanamkan dalam fikiran bahawa  proses yang sedang dia lakukan adalah lebih penting daripada hasilnya.

Beri waktu untuk dia berfikir dan mejelajah pelbagai masalah dengan mencuba cara permainan yang berbeza.
Dengan bertambah kemahiran dan kemampuan nya, dia lebih selesa  melakukannya sendiri.
Pengorbanan ibu bapa ini penting untuk memastikan kejayaan anak-anak. Cuma kita kena ingat, setiap anak adalah unik, begitu juga pencapaiannya.