Aisyah Zahraa | Untuk Kamu Anak

Khas untuk anakanda tercinta,

Wow..tak perlu belajar tinggi-tinggi dah ada PHD.  apakah itu? Perasaan hasad dengki..!! Amat pedih sekali bila terkena.  Sikap yang tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Bahaya bukan kerana sikap ini akan memakan diri sendiri. Tiada guna jika kita  saling kata mengata, berprasangka buruk dan menjatuhkan antara satu sama lain. Kenapa mesti terjadinya perkara ini. bersyukur lah kita dengan nikmat Allah kepada kita. Sungguh meluas. Syukur dengan kesempurnaan kejadian kita, syukur dengan pekerjaaan yang kita ada (pangkat dan wang), syukur dengan kebendaan (pakaian, aksesori, rumah, kereta ) yang kita dapat.Syukur dengan kesihatan. Syukur kita dikurniakan zuriat. Syukur kita hidup dgn aman damai.. Yang utama syukur kerana kita masih boleh bersujud menyembah Allah. Terang-terang kita tahu. Ye, di akui manusia selalu alpa lalai. Jadi tak salah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain. Terutamanya untuk diri saya sendiri juga.


Sesungguhnya Ya Allah , Kau Maha Kaya.
Maha Penyanyang, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun
Syukur Alhamdulillah.Thank you Ya Allah.


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” 
(surah Ibrahim:7)

Cemburu mainan perasaan kita. Jadi buat apa kita cemburu dengan kejayaan atau kelebihan seseorang itu sedangkan kita tidak berusaha ke arah itu. Seharusnya kita berusaha tanpa ada perasaan putus asa, berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah dan terakhir kita bertawakkal dengan ketentuan Allah. kerana Dia lah yang Maha Mengetahui mana terbaik buat hambanya. Kenapa aku tak dapat hak itu? Kenapa aku jadi begini? Kenapa mesti aku yang mengalah? Siapa lah  kita untuk mempersoalkan semua itu.


Ingat lah bahawa,

Rasul s.a.w. bersabda: Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap 2 orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. (Sahih Muslim)

Oleh sedemikian marilah kita bersyukur dengan nikmat yang ada. Lebih bersikap berlumba-lumba untuk membuat kebaikan. Bersihkan hati supaya kembali tenang. Jauhilah sikap dengki itu. Sememang sikap itu membahayakan diri sendiri.