Aisyah Zahraa | Kartun Lagi

Kanak-kanak vs kartun. Kegemaran si kecil saya adalah Upin ipin, Pada zaman dahulu, Boiboiboy, dan Princess Charm School . Semua mempengaruhi sikap dan minda kanak-kanak. Zaman teknologi sekarang bukan setakat di televisyen malahan di ipad seorang kanak-kanak itu sendiri. Betul, kartun dan kanak-kanak sukar untuk dipisahkan.

Ada sesetengah pendapat mengatakan rancangan kartun hanya membuang masa dan merosakkan minda kanak-kanak tapi ianya perlu ditegaskan melalui bimbingan dan pemantauan orang dewasa sepenuhnya. Ianya bukan saja dapat meluang masa bersama-sama malahan dapat adakan aktiviti yang menyeronokan bagi anak-anak.Sebagai ibu bapa kena lebih kreatif misalnya mengajak si kecil melakonkan bersama-sama dengan menyuruh si kecil memilih sendiri watak kesukaannya, pada yang sama kita boleh bertanyakan soalan kepada anak untuk menguji kefahaman dari segi jalan cerita, strategi selesaikan masalah, emosi dan mengajak dia berkomunikasi.

Untuk mengelakkan dari si kecil membuat perkara lain selain menonton kartun kegemaranya sahaja, Ibu bapa perlu bertindak bijak menguruskan masa yang sesuai dan memilih rancangan yang boleh ditonton oleh si kecil. Ini kerana dapat mempelajari si kecil tentang disiplin diri, pengurusan masa dan berfikir secara rasional ada lagi aktiviti lain yang penting selain menonton rancangan kegemarannya sahaja.


Semua watak dan karakter dia tahu.
Dalam kereta pun seronok bercerita.
semangat lagi..chayook..dengan mimik muka tangan semua dah.
Ya Allah
 Jadikan Aisyah saya seorang Muslim yang baik dan sejati
Yang patuh dengan segala arahan Mu Ya Allah,
Jadikan dia seorang anak yang Solehah,
Yang menghormati kedua orang ibu bapanya,
Jadikan dia seorang yang bijak dan sempurna akal fikirannya,
Supaya dia dapat membezakan baik dan buruk.
Sihatkan tubuh badannya dan lunakkanlah suara 
Dengan membaca ayat Al-Quran Mu,
Dan Ya Allah
Peliharalah Aisyah dari segala godaan di dunia ini
dan kuatkanlah cintanya kepada Akhirat Mu.

Sesungguhnya Allah,
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang..
Amin..........