Aisyah Zahraa | Tudung and Aisyah

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak – kanak. Selain ia membekalkan tenaga, ia juga membantu dalam perkembangan otak dan tumbesaran. Tanpa pemakanan sihat dan seimbang, perkembangan dan pembesaran anak akan terjejas.
Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
  • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
  • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada setiap peringkat.

Rutin pemakanan aisyah yang wajib adalah susu..pagi, tengahari, petang dan tengah malam aisyah memang suka minum susu..huhu..dari umur 3 bulan lebih hingga sekarang aisyah dah start minum susu formula dari meadjohnson..bermula dengan enfalac A+ dan continue enfapro A+ step 2 dan sekarang enfagrow A+ untuk step 3..
 Kajian makmal yang berterusan dari semua jenis produk susu formula, terdapat pelbagai nutrisi penting untuk bayi dan kanak-kanak dihasilkan dengan susu formula contohnya bagi enfagrow A+ ada DHA, Dietary Fibers (Inulin & FOS), Protein, Zinc, Iron, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamins B6 and Folic Acid serta terdapat  
Triple Protection Guard™ dimana fungsinya adalah untuk
"Untuk ibu yang baru melahirkan anak susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda"
 
Alhamdulillah syukur aisyah serasi guna produk meadjohnson ni..aisyah ni demam, batuk atau selesema susu ni lah jadi makanan aisyah kerana dah kurang selera nak makan makanan lain..apa yang penting ada makanan dalam perut si comel mama papa ni huhuhu... 

Aisyah selalu gak minum chlorophyll...dia start minum chlorophyll masa dia umur 6 bulan lebih macam tu..chlorophyll ni bantu aisyah bila mana badan dia dah nak demam, demam dan selepas demam  sebab chlorophyll bagi aisyah banyak oksigen dalam tubuh badan..waktu batuk selesema dan makan makanan yang berminyak macam rendang dan lain-lain aisyah memang kena bagi chlorophyll untuk elak dia dari rasa tak selesa  badan dan meragam-ragam..hahaha..
Sekarang masa pergi rumah pengasuh sebotol susu letak air chlorophyll mesti bawa dan habis ke tak ikut mood aisyah lah kan...hahahah..kadang-kadang habis kadang tak..huhuhu..apapun rasa chlorophyll ni cam air mineral jer cuma yang beza colour hijau rumpai laut macam tu..dan memang sesuai untuk seisi keluarga sebab mama, papa, tok, toki, auntie, uncle Aisyah semuanya minum chlorophyll..huhuhu...sedappp..!!

______________________________________________________________________

Wanita Bertudung : Memang dalam pembicaraan sehari-hari umumnya masyarakat menganggap jilbab sama dengan tudung labuh. Anggapan ini salah. Jilbab tidak sama dengan tudung labuh. Jilbab adalah busana bagian bawah (al-libas al-adna) berupa jubah, yaitu baju longgar terusan (tidak terputus / terpotong). Sedang tudung labuh merupakan busana bagian atas (al-libas al-a'la) yaitu penutup kepala. (Rawwas Qal'ah Jie, Mu'jam Lughah Al-Fuqaha`, hal. 124 & 151; Ibrahim Anis dkk, Al-Mu'jam Al-Wasith, 2/279 & 529).


Jilbab dan tudung labuh merupakan kewajiban atas perempuan muslimah yang ditunjukkan oleh dua ayat Al-Qur`an yang berbeza. Kewajiban jilbab dasarnya surah Al-Ahzab ayat 59, sedang kewajiban tudung labuh (khimar) dasarnya adalah surah An-Nur ayat 31.Mengenai jilbab, Allah SWT berfirman (artinya),

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min,'Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.' (QS Al-Ahzab : 59).

Dalam ayat ini terdapat kata jalabib yang merupakan bentuk jamak (plural) dari kata jilbab. Memang para mufassir berbeza pendapat mengenai arti jilbab ini. Imam Syaukani dalam Fathul Qadir (6/79), misalnya, menjelaskan beberapa penafsiran tentang jilbab. Imam Syaukani sendiri berpendapat jilbab adalah baju yang lebih besar daripada tudung labuh, dengan mengutip pendapat Al-Jauhari pengarang kamus Ash-Shihaah, bahwa jilbab adalah baju panjang dan longgar (milhafah). Ada yang berpendapat jilbab adalah semacam cadar (al-qinaa'), atau baju yang menutupi seluruh tubuh perempuan (ats-tsaub alladzi yasturu jami'a badan al-mar`ah). Menurut Imam Qurthubi dalam Tafsir Al-Qurthubi (14/243), dari berbagai pendapat tersebut, yang sahih adalah pendapat terakhir, yakni jilbab adalah baju yang menutupi seluruh tubuh perempuan.

Walhasil, jilbab itu bukanlah tudung labuh, melainkan baju panjang dan longgar (milhafah) atau baju kurung (mula`ah) yang dipakai menutupi seluruh tubuh tanpa terputus antara bahagian pinggan hingga buku lali di atas baju rumahan. Jilbab wajib diulurkan sampai bawah (bukan baju potongan), sebab hanya dengan cara inilah dapat diamalkan firman Allah (artinya) "mengulurkan jilbab-jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Dengan baju potongan, berarti jilbab hanya menutupi sebagian tubuh, bukan seluruh tubuh. (Taqiyuddin An-Nabhani, An-Nizham al-Ijtima'i fil Islam, hal. 45-46).

Jilbab ini merupakan busana yang wajib dipakai dalam kehidupan umum, seperti di jalan atau pasar. Adapun dalam kehidupan khusus, seperti dalam rumah, jilbab tidaklah wajib. Yang wajib adalah perempuan itu menutup auratnya, yaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan, kecuali kepada suami atau para mahramnya (lihat QS An-Nur : 31).

Sedangkan tudung labuh, yang bahasa Arabnya adalah khimar, Allah SWT berfirman (artinya) ,

"…Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya…" (QS An-Nur : 31).

Dalam ayat ini, terdapat kata khumur, yang merupakan bentuk jamak (plural) dari khimaar. Arti khimaar adalah tudung labuh, yaitu apa-apa yang dapat menutupi kepala (maa yughaththa bihi ar-ra`su). (Tafsir Ath-Thabari, 19/159; Ibnu Katsir, 6/46; Ibnul 'Arabi, Ahkamul Qur`an, 6/65 ).

Kesimpulannya, jilbab bukanlah tudung labuh, melainkan baju jubah bagi perempuan yang wajib dipakai dalam kehidupan publik. Karena itu, anggapan bahwa jilbab sama dengan tudung labuh merupakan salah sama sekali yang seharusnya diluruskan.

Ini sama sekali berbeza dengan lelaki, yang hanya wajib menutup auratnya dari pusat hingga ke bawah lutut sama ada untuk keluar dari rumah mahupun berada di dalamnya kecuali ketika bersama mahram dan sahabat handainya. Secara logik akalnya sahaja kita dapat memikirkan sekiranya wanita itu berjilbab (berjubah) yang sememangnya longgar dan berkhimar masakan ada lelaki yang bisa terngiur terhadap penampilannya mahupun peragaannya. Bukankah hebat aturan Allah dengan hanya berpakaian kita bisa mengelakkan dari maksiat mata hingga mengelakkan dari berlakunya kes-kes rogol mahupun penzinaan.

Nah sekiranya kita mendambakan syurga Allah pasti kita akan mengikuti aturannya yang banyak memberi faedah untuk diri dan orang lain. Namun jika kita mendambakan neraka Allah sebagai tempat tinggal di akhirat kelak yang selamanya teruskan sahaja dengan pakaian ala gadis melayu terakhir itu. Kerana sememangnya di dalam dunia kita akan diberi dua pilihan sama ada pilihan untuk berusaha mendambakan syurga atau berusaha menempah tiket ke neraka. Sama ada melakukan perkara-perkara fajir (buruk, maksiat) mahupun yang takwa. Tetapi harus di ingat setiap diri akan dipertanggung jawabkan atas segala amal perbuatannya. Lantas berusahalah untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari semalamnya semoga dengan usaha itu bisa menjamin sebuah keteladanan untuk generasi berikutnya dengan nikmat islam yang sempurna tanpa ada pengkompromian dengan sebuah kekufuran dan kemunafikan yang sudah hampir sebati dengan kehidupan makhluk yang bergelar manusia.

Wallahu a'lam..sumber dari http://goo.gl/ewqiz
______________________________________________________________________

Mengumpat: Seperti Makan Daging Saudara Sendiri!