Aisyah Zahraa | The Journey Begins


"Saat anak mama dilahirkan."

Memori yang paling menarik sekali setelah menjadi seorang ibu.
gembirakah anda?sedihkah anda?berdebar kah?menyesalkah?atau ada perasaan lain??
perasaan saya masa itu, saya redha dan pasrah.
kegembiraan memang tiada tandingnya.itu adalah utama.

dalam hati "wow aku nak dapat anak?aku dah nak beranak?"
alamak bila nak kuar ni"?"sakit ke ek"?apa lagilah doc
nak wat eksperimen kat aku"?"padahal kandungan baru usia 33 week"?
"gila apa doc ni"? tak pasal doc yang kena..
suami sentiasa berada disisi.segala kata semangat dia bebel kat aku.
suami tidak putus doa supaya saya selamat dan dipermudahkan masa melahirkan anti.
tapi saya?adoyy menahan segala resah gelisah.

seharian di hospital,kalu ikutkan hati nak je dia stay kat sni.
Rupanya malam tu suami lepak dalam kereta saja.setiap masa,minit dan saat
suami menemani saya walaupun melalui telefon.

Jam 12 Malam saya dah mula rasa sakit. Kejap sakit kejap tak.rasa macam sengugut
nurse setiap masa datang check.lemas rasanya.

Nak cucuk ubat penahan sakitla.cucuk untuk matangkan paru-paru baby la.
wow sakit gila! rasa berpinau je kepala ni.
Malam tu saya cakap dgn baby, InsyaAllah segalanya selamat sayang,
mama akan sedaya upaya untuk selamatkan diri baby.Mulut ini sentiasa berdoa,
berselawat.
Subuh sejuk sampai ke tulang.mengigil.doc pakar datang untuk membuat pemeriksaan
terakhir.yelah kandungan saya masa itu belum menjangkau usia matang.suami
berada disisi pagi itu sehingga dia nak solat subuh pun saya taknak lepaskan dia.

Selepas dia solat dia masuk ke labour room. sakit terasa sesaat sekali.
doc check bukaan rahim dah 8CM.Doc cakap lagi 2jam beranak la.Muka yakin saja.kononnya saya kuat lah.
Dah nak beranak kena beranak juga.Dalam hati takut gila.
Sakit sakit.cakap kat suami dah tak boleh tahan ni.nurse cakap tahan lagi.
gila apa dah nak keluar suruh tahan lagi.bukannya saya nak berak bleh tahan2.
Nurse keluar masuk sediakan peralatan bagai.
Badan ni dah semakin lemah.semakin rakus mengejar masa.lamanya rasa.
Suami pulak asyik suruh beristighfar dan ingat Allah.
Saya cuba sedaya upaya untuk push.Rasa nak gelak pun ada.Doc cakap jangan angkat tapi
dah sakit sangat manalah ingat semua teori yang ada.hentam saja,
janji baby keluar.

Entah apa doc dah buat, Seperti bunyi orang pam toilet.lepas tu lega
teran meneran tak lama kemudian baby keluar.Sejuk je rasa.
Blur sekejap kepala otak ni.Doc tanya baby apa?" saya jawab perempuan.
sebab ingat masa scan hari tu doc cakap perempuan.hahaha.
Baby di bawa keluar.Untuk dibersihkan.Suami pun keluar untuk
mengazankan dan iqamatkan baby.
"Amalan yg masyhur dan dipraktikkan dgn meluas ialah bayi (tak kira jantina) akan diazankan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri. Amalan ini diakui oleh Sayyid Sabiq rh (Grand Syaikh of alAzhar) dalam kitab muqarran yg masyhur: Fiqh Sunnah (Jld 3/329 edisi Arab), juga oleh alHafeedz Ibn Qayyim alJawzea (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (asySya'b)"
Saya masih di buat eksperimen oleh doc.
Saya diberi minum susu.sebab badan saya sangat lemah.
Saya betul tak percaya saya telah melahirkan seorang anak.

Selepas 2jam selesai mencuci segalanya.aisyah dibawa kepada saya.Syukur Alhamdulillah Aisyah tak perlu duduk dalam inkubator sedangkan berat aisyah pada masa tu 1.8 kg.
Aisyah masih dibuai mimpi indah.Mata dia masih melekat dan sempat lagi dia buka sebelah mata melihat ke arah saya.
Comel sungguh anak saya ni automatik rasa sakit pun hilang.
Nurse yang bidankan saya tadi datang ucapkan tahniah dan siap cakap comel baby. macam muka mama dia la!!saya senyum saja.( abah jgn jeles tau...).Masa ini mula lah tercari-cari mana abah aisyah pergi.Taknak tinggal sorang-sorang.

Malam tu aisyah menangis yang amat.kepala mula runsing.suami pula terpaksa pulang sebab tak boleh teman.Nurse datang suruh bagi susu maybe baby lapar.Alhamdullah susu banyak.Aisyah tido kembali dapat susu.sepanjang malam aisyah melekat dengan susu.Siapa yang sanggup biarkan anak dia
kelaparan bukan?

Doc yang menyambut kelahiran Aisyah datang melawat.dia cakap Aisyah sihat.Tunggu tengok mamanya saja.Kalau tak ada pape boleh keluar balik rumah.
Doc cakap kemungkinan prengant untuk seterusnya akan berlaku perkara yang sama.
Bersalin awal pada waktunya.Itu dengan izin Allah.
Sekarang fikir untuk membesarkan Aisyah dengan jayanya dulu.

Suami pun sampai di wad.
Terima kasih kepada ibu bersebelahan katil yang banyak membantu.
Dia bagikan kami kurma dan air zam-zam untuk aisyah bertahnik .
Syukur sangat Ya Allah.


Hati kami sekarang berbunga-bunga cinta sebab dapat kekasih hati
yang baru, comel cute lagi.seorang yang baik dan bijak.
Kekasih hati saya dan suami sekarang adalah Aisyah Zahraa'.

Mama dan abah sangat sayang kamu aisyah.

make by mama edit by abah


Weight : 1.8 kg
Height : 45 cm
Prematured Baby : 32 Weeks ( normal delivery )
alhamdulillah no need baby incubator.

2 days old.

-love mamapapa az-

tapi sekarang kami lebih memahami erti bersyukur..Allah Maha Berkuasa.
tapi apa hikmahnye disebalik adanya aisyah?
aisyah memberi semangat kepada kami.
aisyah mengajar kami berdikari, erti sabar dan bersyukur.
aisyah mengajar kami untuk terus berusaha dan kuat untuk menempuh dugaan hidup.
sejak kelahiran aisyah banyak memberi kegembiraan pada diri kami..paling utama
dia mengajar saya erti kasih seorang ibu...walaupun kekadang tak sesempurna yg saya buat utk dirinya.

Baby comel inilah yang menggembirakan hati saya sekarang ini..