Aisyah Zahraa | Pilih ayat lain ??

 Rush ! Rush!
Cepat ! Hurrp up sayang !!

Dia banyak memberi pengenalan pada saya apa itu kehidupan.
Itulah kehidupan dengan terburu-buru. Stress bukan !! Perasaan benci mula timbul !

Dunia kanank-kanak..

Apabila kita berjalan bersamanya membeli barang dapur, dia suka melihat barang permainan nye secara santai.
Apabila saya membawa adik-adik ke shopping mall, dia yang mengajak kita berehat-rehat dan makan makan di restaurant
Apabila nak keluar dari rumah ke pejabat, dia berkeras nak bawak buku atau singgah melihat ikan dulu.
Apabila saya cepat untuk membeli belah, dia akan berhenti bercakap dengan orang tua kelihatan seperti aunty aunty nya....

Saya berfikir kepada diri sendiri. '' Kami tidak mempunyai masa untuk ini jadi kena cepat cepat? Saya selalu mulakan ayat saya dengan Cepat, nanti kita lambat. Cepat mandi gosok gigi buat homework.. Segalanya dengan tergesa-gesa.
Apa pun dengan perkataan itu tidak lansung meningkatkan kelajuan anak saya. Dia lebih suka kita kata sayang kamu ''.
Adakah dengan sikap tergesa-gesa . Membuatkan dia geram jika sesuatu hal yang tidak kena pada dirinya. Kanak-kanak kecil yang mahu menikmati kehidupan.

Kejadian malam sebelum tidur. Saya nampak ada saja permintaan nya. Ada masa memang marah tapi malam tadi saya cuba membiarkan dia seketika. Dia bangun mengemas beg, melihat buku sekolah disimpan ditempat asal, membaca doa dan akhirnya dia ingin saya menepuknya.

''Sorry ye membuatkan Aisyah terburu-buru untuk tidur sehinggakan tipu tutup mata kerana takut mama marah, rupanya dia ingin lakukan sesuatu. Selepas ini mama nak Aisyah ambil masa untuk lakukan apa yang Aisyah nak sebelum jam 10 mlm..Jika dah buat tapi masih lakukan perkara sama, mama akan marah. Mungkin kena ada perjanjian .Dia tersenyum terus tidur dengan lenanya.
 
SubhanAllah pagi tadi begitu mudah saya kejut untuk ke sekolah. Apabila saya bawa ke pejabat untuk seketika. Tetiba riak mukanya risau. '' Aisyah dah lambat ke mama? Abah beli makanan untuk Aisyah ke ini sebab dah lambat?

Saya berasa sedih mungkin perkataan itu masih dalam ingatannya. Saya cuba memberitahu sebelum kemana-mana atau membuat sesuatu kerja kita perlu bersedia awal. no rush! hanya mengambil masa yang ada. Ye betul riak wajah nya gembira.

Adakah kita lambat untuk itu ini..kerana membawa maksud kita  tidak mempunyai masa untuk hidup?
Kita mahu hidup dalam kegembiraan. No stress! Insha Allah usaha untuk berubah ke arah lebih baik. Gunakan masa muda anak kita untuk memahami dan menikmati kehidupan. 
Sebenarnya, jika kita lewat bukan salah anak. Sudah tentu salah diri kita. Kita sepatutnya beri tunjuk ajar kepadanya tentang masa. Masa itu emas !! 
Cepat! mengejar masa walhal kita perlu bersedia awal untuk mencari masa yang ada perkara yang sepatutnta kita lakukan.
Mungkin ini pendapat saya.
 Stop saying Hurry up.........................................................................
Cuba ayat lain untuk memberi maksud cepat!!!