Aisyah Zahraa | Syukur

Sungguh tersentuh dengan kata-kata ustaz.


Wahai anakku,
Ingatlah semenjak engkau dilahirkan, kami masih belajar menjadi ibu bapamu. Tiada petua ataupanduan yang khusus bagi seseorang yang bergelar ibubapa.

Wahai anakku,
Aku sedar aku tidaklah sempurna dan aku hanyalah seorang isnan biasa. Aku juga akan melakukan kesilapan. Kadang kala aku juga tidak melaksanakan apa yang aku katakan, tapi akan cuba sedaya upada untuk mengelakkan engkau dari melakukan kesilapan yang sama.

Wahai anakku,
Mungkin dalam mindamu terasa aku ini seperti seorang hipokrit. Tapi aku hanya inginkan yang terbaik untuk kamu. Aku tidak boleh berjanji bahawa aku selalu akan membuat keputusan yang betul, tapi yakinilah bahawa setiap keputusan dibuat dengan hati penuh kesayangan dan demi kebaikanmu.

Wahai anakku,
Aku mungkin tidak dapat menjadi bapa yang sempurna dihatimu tapi aku akan melakukan yang terbaik sedaya mampu buat anak kesayanganku. Ingatlah, kamu adalah segalanya bagi aku dan terutamanya bondamu.



..............kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya tiada tolak tandingnya.....Berbuat baiklah dengan ibu bapa. Doa kan mereka setiap kali . Insha Allah hidup kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. 



Mama abah sentiasa mendoakan kesejahteraan,kejayaan dan keselamatan kamu.
Kuatkan pengangan hidupnya ke jalan Allah,
Sihatkan tubuh badannya ,
Tajam dan sempurnakan akal fikirannya,
Be a good muslim dear.....