Aisyah Zahraa | 'Saya semakin hari semakin dewasa mama'

Segala puji bagi Allah kerana telah membawa kita semua memasuki bulan Ramadhan.
Syukur ..Alhamdulillah...

Riwayat dari hadis Rasulullah s.a.w bahawasanya..
Allah Taala mengampuni bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan penuh dengan keimanan dan meminta keredhaan Allah..

Jadi jauhkanlah diri kita daripada perkara ini..............

1. penagih arak iaitu orang yang meminum arak. Semoga jauhkanlah ia dari diri kita .

2. Orang yang menderhakai kedua ibu bapanya. Oleh itu kita seharusnya berjaga-jaga. Orang yang menderhakai kedua ibu bapa tidak akan diampunkan Allah sehingga dia berkelakuan baik kepada mereka semula. Sayangilah mereka sepertimana mereka mendidik dan menjaga kita semasa kecil.

3. Orang yang memutuskan silaturahim. Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat tersebut. 
4. Orang yang merasa dendam , bermusuhan dan bergaduh antara satu yang lain. Iaitu dalam hatinya ada perasaan dendam ke tahap tak bertegur sapa. 


Sesungguhnya kita mahu mendapat keampunan Allah. Tak kisahlah jika kita ada terasa dan tersinggung dengan kata-kata, dengan perbuatannya dan lain-lain. Semua kesalahan itu hanya Allah yang berkuasa. Dari itu biarlah kita belajar untuk memaafkan orang lain.Sedangkan kita juga berusaha untuk mendapat keampuanan Allah.

Kita manusia biasa dan lemah. Peringatan untuk diri sendiri yang alpa.

Allah tak melihat kepada pemakaian kita
Allah tak melihat kepada penampilan kita

'' Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan tubuh kita, tetapi Dia melihat pada hati dan amalan kita ''.