Aisyah Zahraa | Love

Lakukan sesuatu kerana kamu meminatinya...kamu sukakanya..lakukan! lakukan!
Itulah prinsip yang dipegang.. Cari jalan untuk mendapatkannya.
Semua itu bermula dengan minat. Minat belajar keibubapaan kita cari mengenainya.Minat tentang masakan, kita cari mengenainya. Minat...minat semua datang dari diri sendiri.
Janji hati puas..

Ye dengan minat yang mendorong saya ke arah semua ini. Belajar mengenai kehidupan.Dengan minat juga telah meningkatkan motivasi dalam diri saya....
Saya berminat dan seorang yang bersungguh untuk mengajar dan mendidik anak saya. Walaupun step pertama bagi saya. Memang satu permulaan yang sukar dengan minat saya tak kisah.Saya akan cuba bertahan dan usaha selangkah demi langkah. Insha Allah. Apa yang penting saya perlu belajar dan menimba ilmu mengenainya terdahulu.

Saya akui , kita manusia biasa. Adakalanya emosi merundumkan motivasi dalam diri saya. Apabila kita sedih,penat, tak sihat..automatik segalanya berubah..!! Saya cuba belajar untuk munasabah diri..Apa yang telah saya lakukan tadi? Apa sepatutnya saya harus buat selepas ini? sentiasa bermain dalam fikiran ..

Insha Allah. Saya yakin dengan pertolongan Allah. Dengan usaha tawakal dan doa Insha Allah ada hasilnya.