Aisyah Zahraa | Aktiviti Di rumah


Alhamdulillah . Syukur Ya Allah.
Segala kemudahan dan kebaikan ini datang dari Nya.


Di usia 3 tahun .
Dalam masa 3 bulan kami mengajar dia di rumah. Aisyah sudah pandai membaca dengan ayat yang mudah. Fokus utama kami adalah untuk persediaan dia sebelum ke pra sekolah.

Bagus buku Adik Mari Baca ini. Memudahkan kami mengajar.
Continue untuk buku 3 dan 4.
Antara isi kandung buku 1 dan buku 2.
Setiap malam minta dia baca gabungan ayat yang mudah.
Cari buku tambahan lain untuk dia .

Sejujurnya Aisyah tidak pernah mengenal A B C...........Tapi setelah usaha gigih memperkenalkan dia buku tersebut, selama 3 bulan alhamdulillah dia pandai membaca dan terus menulis perkataan dgn mudah. Tanpa mengeja..................tanpa mengenal huruf..............

Selepas sesi membaca. Saya akan 'join' dia menulis. Abah Aisyah menjadi 'teacher' pada waktu itu. Sehelai kertas dan pensel untuk saya dan dia..............Di sini kami terapkan sikap berlumba-lumba dan tolong menolong. Adakalanya saya 'berlakon' minta bantuan dia.
Ya kamu boleh buat !!!

Tulisan budak 3 tahun




Bersyukur atas kerjasama suami. Dengan minat dan idea antara satu sama lain memang banyak membantu.....Anak saya? Ada masa dia mahu dengan abahnya.ada masa dengan saya. Jadi kami bergilir-gilir mengikut mood dia.......

Usaha dan berdoa . Yakinlah dengan pertolongan Allah. Doa senjata kita.  Itu yang selalu saya ingatkan. Doa ! doa !