Aisyah Zahraa | Ratu Hati Ku


' Hari ini dah call mak abah ker' ? Itulah perbualan kami selepas solat Maghrib.
Masing-masing mengingati antara satu yang lain.
Alhamdulillah walaupun kami berjauhan kami masih lagi boleh berhubung antara satu sama lain. Dengan dunia cyber yang begitu canggih.

Sejujurnya hati begitu resah jika sehari tak call mereka. Apabila dah bercakap rasa tenang dihati.Mungkin tiada apa yang mereka inginkan melainkan kita mengingatinya.

''Seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.'' Setelah bergelar ibu, baru saya tahu perasaan itu. Sedarkah kita bahawa dengan berkat doa seorang ibu boleh merubah segalanya.

Ingatlah, walaupun kita digelar seorang yang profesional,berjawatan tinggi janganlah kita  sesekali memperlekehkan tentang kefahaman dan ideanya. Layanlah karenahnya sebagaimana dia melayan kita sewaktu kecil dahulu. Ingatkah kita dengan pertanyaan kita?rengekkan kita?permintaan kita? Semuanya dia tunaikan dengan seikhlas hati..Usaha dia puaskan hati dan menggembirakan hati kita.

Pesanan untuk diri sendiri juga. Layanlah ibu kerana dialah ratu dalam hidupku. 



mencintai mereka dengan seikhlas hati. Insha Allah hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Sungguh hebat doa seorang ibu.Saya yakin mereka sudah tentu setiap hari mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk anaknya.......

Ya Allah , ampunilah bagiku segala dosaku dan
dosa kedua ibubapaku dan
kasihanilah mereka sebagaimana mereke memelihara san mendidikku
semasa kecil.
Berilah mereka kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan
ibadah kepadamu Ya Allah.