Aisyah Zahraa | Heran

Anak satu anugerah paling berharga buat ibu bapa.
Semakin membesar semakin melucukan.
Dengan gelagat dan pertanyaan dia..
Alhamdulillah...

Ada saja perkara yang membuatkan emosi kita kembang kempis...hahaha...

Sangat seronok berlari sana sini.Usik itu ini. Setiap anak memiliki kecenderungan merasa ingin tahu. Biarkan dia saja bermain. 
Mudah protes ketika mandi, pakai baju, makan sendiri, kemas mainan, susun tempat tidur. Tak mahu di bantu. Semuanya dilakukan sendiri. Fine, mama abah sekadar tengok. Mama abah percaya dan akan memberi kesempatan kpd kamu mencari pengalaman itu. Dengan tugas tugas itu insha Allah akan mengajar kamu erti tanggungjawab.

Mama abah akan terus mendorong kamu memiliki keberanian dan keyakinan diri. Insha Allah.Dia memang suka bersosial. Dimana pun dia pandai menyesuaikan diri..

Si comel mama abah ini mudah dan ramah apabila diajak berkenalan  dan bermain dgn orang lain. Dengan percaya diri dia menjelajah di setiap ruang untuk berinteraksi dgn mereka. Adakalanya kami tersenyum tgk gelagat dia mencari kawan dan berbual dgn orang dewasa..Adakalany agak 'kepenatan otak' untuk menerangkan itu dan ini..Akhirnya dibiarkan sahaja dia berbual dgn kenalan baru.

Sejak dari kecil anak mama memang suka menconteng dan bermain dgn 'water colour'. Habis tikar dan dinding dicontengnya. Jadi sediakan.....Walaupun sukar utk gambarkan apa yang dia maksudkan..
Mama abah tetap cakap '' cantik aisyah lukis, nanti buat cantik-cantik lagi taw...''
Lama kelamaan..dia boleh imagine dan mahir lukis apa yg dia inginkan......

Mama abah seronok apabila kamu berkata-kata. Mmg fokus.

Semoga kamu menjadi anak yang solehah sayang..
Jangan tinggal solat dan sentiasa berpegang teguh dgn agama.
Mama abah bangga dengan apa jua perkembangan dan kebolehan kamu...