Aisyah Zahraa | Buah

Pisang dan Epal..
memang  ada stok di rumah.
Anak dara suka sangat..
dikatakan dua jenis buah ini sahaja
yang dia boleh makan...

Barang penting untuk anak dara ...
Dalam troli pun meyempat dia..

Epal merah setiap hari dan malam wajib dia makan..


Aisyah : Mama, Aisyah nak epal taw, taknak kulit, 'red colour'  bukan hijau...hijau
              abah punya.Emmm mama makan la sekali teman Aisyah..Siapa nak tolong Aisyah? 

(Adoy panjang betul pesanan dia....)

Mama  : Aisyah ambil la dalam peti bagi mama. 

( Kita sibuk basuh pinggan mangkuk ada saja )

Aisyah  : Biar Aisyah tutup peti ye..Ini mama, epal Aisyah. Mama pulak makan yang hijau ni taw. Makan sama-sama. Abah kata dia dah kenyang.

( Bila masa entah dia tanya abah. Pandai betul.Sbb dia cukup faham abah tak akan makan time begini )


Mama  : Okey .Aisyah makan dulu.

Aisyah  : Thank you. Habis mama tak makan ke? Kan Aisyah cakap dengan mama tadi makan sama-sama.
Mama : Baiklah Aisyah. Jom...


(tak makna nye,selagi tak makan epal dgn dia selagi tula dia tunggu)(Stop segala kerja.)