Aisyah Zahraa | Untuk kamu


Perancangan? Bermula dari awal  atau sekarang bukannya esok atau nanti.
Perancangan untuk masa hadapan? Dibuat dengan rapi, sistematik dan berkeyakinan supaya kita boleh mencapai ke arah itu.
Setiap orang ada perancangan mereka tersendiri. Perlulah dgn usaha dan berdoa tawakkal pada Allah. Yang pasti kita yakin dengan pertolongan Allah. 
Sesungguhnya kita merancang Allah menentukan mana yang terbaik buat kita.

Takdir? Kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diduga dan tidak dirancang. Tapi ingat takdir itu juga memberi peluang untuk kita mengisi ruang dalam episod kehidupan dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan perancangan hebat itu.

Matang? Banyak mengetahui dan memahami sesuatu..Mematangkan? Menyebabkan (menjadikan) matang..Pengalaman atau umur?. Ini kerana pengalaman perlukan masa bukan usia. Bukan umur yang mematangkan tetapi pengalaman.


inilah realiti kehidupan kita:

Bila diuji dengan kekayaan,jika hati sihat akan menjadi pemurah.Jika hati sakit akan menjadi sombong.
Bila diuji dengan kemiskinan,jika hati sihat akan menjadi redha.Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah.
Bila diuji dengan kesihatan,jika hati sihat akan menjadi syukur.Jika hati sakit akan menjadi lupa.
Bila diuji dengan kesakitan,jika hati sihat akan menjadi sabar.Jika hati sakit akan menjadi gelisah.
Bila diuji dengan ketuaan,jika hati sihat akan menjadi tenang.Jika hati sakit akan menjadi merana.
Bila diuji dengan kemudaan,jika hati sihat akan menjadi seorang yg sentiasa beringat2.Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai.


Ya Allah Ampunkanlah aku, kerana adakalanya aku salah sangka kepadaMu
Engkau mengujiku kerana besarnya kasihMu padaku,
Ya Allah berilah kebahagiaanku yang abadi,
Ampunkanlah segala dosa Kami Ya Allah
Namun aku yakin dengan kasih sayangMu yang pasti menerima taubat para hambaMu.
Terimalah taubat kami Ya Allah,
Agar kami sentiasa menuju redhaMu.