Aisyah Zahraa | Mama abah sayang Aisyah

Sombong angkuh dan takabbur erti yang sama . Ada perkara yang boleh menarikkan diri kita kepada sifat mazmumah ini. Misalnya dari segi kelakuan dan percakapan kita. Kadangkala boleh lihat dari segi percakapannya menganggap dirinya sahaja yang benar, tidak mahu mengaku kesalahannya, tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat yang baik. 

Imam Al Ghazali berkata '' Orang yang bertakabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain caranya (tidak beradab) keras dan kasar.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

Jadi jangan kita meremehkan orang lain.Siapa kita untuk menilai?? Walaupun kita sebijak sepandai seclass mana pun.Ketepikan ego kita. Ambillah iktibar dan kisah-kisah dari Al Quran.


Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini.
Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dgn org tua, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah darpd kita. Ketika berjumpa dgn org alim, anggaplah beliau lebih mulia krn byk ilmu dan apabila melihat org jahil anggaplah juga mereke lebh mulia krn berbuat dosa disebabkan kejahilan sdgkan kita berbuat dosa dlm keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa org jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah org jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sdgkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu org kafir . Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,
Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang.

..........SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA
CANTIK LUAR CANTIK DALAM
AKU BUKAN RUPAWAN AKU BUKAN JUTAWAN
TAPI AKU PUNYA SATU SENYUMAN YANG MENAWAN
Dia yang bahagia......