Aisyah Zahraa | Mood



Ibu Bapa  = Percuma.
Ianya percuma. Segala kepayahan mereka telan. Dia menjaga kita dari kecil hingga dewasa tanpa meminta balasan wang ringgit. Mereka sanggup lakukan apa saja demi membuatkan kita bahagia. Mereka lah yang bekerja keras untuk kita. Walaupun sudah dewasa, boleh berdikari, ada pekerjaan tetap dan boleh buat keputusan sendiri tapi saya yakin Ibu bapa selalu ada disamping kita untuk membantu kita.

Pernahkah kita memberontak?Membuat hati mereka resah gelisah atau sedih?Mengendahkan nasihatnya? Mudahnya mereka memaafkan kita. Redha dengan perbuatan kita selama ini. Berdoa untuk kesejahteraan kita . Ingatlah betapa banyaknya pengorbanan mereka ini untuk kita semua. 

Curahan kasih sayang ibu bapa tiada nilainya. Cukup indah. Cukup membahagiakan kita.
Syukur Ya Allah dengan kurniaan Mu  kerana saya memiliki mak abah seperti ini.
Dengan mata kasar sekarang, saya masih tidak mampu memberi kemewahan kepada mereka.Cuma saya berdoa supaya kuatkan hati kecil saya ini sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan mak abah saya.

Tiasa ungkapan lain yang saya ingin katakan. Betapa saya mencintainya, menghormatinya dan berterima kasih atas semua pengorbanan terhadap saya semua.