Aisyah Zahraa | Sayang Kamu

Rasa tak pernah puas berehat bersama kamu.. Sebab kamu lah johan dari segala hal..Suami dan anak adalah segalanya. Spend time with them. berbual dan bermain bersama-sama.Kehidupan? Memang sibuk. Bukan sahaja isteri yang bekerjaya malahan isteri bergelar suri rumah. huhuhuhu. Uruskan suami/anak. Uruskan rumah. Kerja. Macam macam lagi!

Alhamdulillah . Sekarang saya rasa lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah saya akan perbaikinya lagi.Walaupun adakalanya agak stress. Tapi itu tak mengapa. Saya akan mencari kegembiraan saya sendiri .Saya akan buat apa yang saya suka. Shopping baju Aisyah.Beli supplement.Berangan-angan. Apabila saya gembira terus membuatkan orang yang saya sayang itu gembira.

Sesungguhnya plan Allah itu yang terbaik..Percaturan susah senang bahagia hidup kita dengan titik usaha dan doa kita kepadaNya. Semua telah di atur dengan indah sekali...

Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita. Jadi kita kenalah sentiasa yakin pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..