Aisyah Zahraa | Kasihku untuk Kamu


Pantang kami ambil gambar berdua mesti ada seorang tu mahu menyelit.


Anak mama abah yang semakin bijak.Manja sudah tentu. Semua orang melayan kamu.
Kamu puteri hati mama dan abah..
Mama amat bersyukur dengan adanya kamu. Ini lah anugerah terhebat yang mama terima dari Allah SWT. Itu Kamu !!..Kamu membuatkan kehidupan mama lengkap.
Segalanya untuk kamu.............

Percayalah. setiap hari yang kamu lakukan..doa mama sentiasa mengiringi kamu..

Ya Allah ampunkan segala dosa ku,
Permudahkanlah segala urusanku untuk membesarkan anakku ini,
Jadikan dia seorang insan yang patuh pada segala peraturanMu, 
Jadikan dia seorang anak yang solehah patuh dengan orangtuanya,
Jadikan dia insan yang berakhlak mulia.
Jadikan dia cemerlang di dunia dan di akhirat,
Jadikan dia seorang anak yang sempurna akal fikiran dan tubuh badan yang sihat..
Semoga dia terus tersenyum...........

Amin Ya Rabbal Alamin....