Aisyah Zahraa | Amat Menyanyangimu

Bila posing dengan abah. dia suka buat muka manja tapi dengan mama??

Abah dapat membuat kamu percaya diri, kerana dia percaya kepada kamu.
Adakala abah melupakan apa yang dia inginkan kerana dia utamakan apa yang kamu perlukan.
Abah menghadiahkan kamu pelbagai jenis permainan supaya abah amat senang apabila kamu ketawa kegirangan.
Abah selalu berfikir dan bekerja keras untuk memberikan segala keperluan dan perbelanjaan harian kamu,meskipun kamu tidak pernah membantunya menghitung kedutan di dahinya.
Abah menghentikan apa sahaja yang sedang dia lakukannya, walaupun kamu hanya ingin berbual dan bermanja dengannya.

Abah akan ketawa besar apabila dia melihat kamu melakukan sesuatu seperti gaya dirinya.

Abah  lebih bangga melihat prestasi mu daripada dirinya.
Abah akan bersalam dengan kamu ketika menghantar kamu ke sekolah , kerana kalau dia memeluk mu, mungkin perasaan  dia tidak akan pernah dapat melepaskan kamu.

Abah tidak suka menitiskan air matanya.

ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kali, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air matanya. Ketika kamu masih kecil, dia akan memeluk kamu dan menyiapkan kamu supaya kamu rasa selesa.

Dan untuk masa depan anak gadisnya abah berpesan,
“jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”     ( SUMBER)


Abah tidak pernah menghalang kamu untuk mencintai Allah, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kamu memperolehi cinta-Nya, kerana dia pun mencintai kamu kerana cinta-Nya.