Aisyah Zahraa | Dear,

Aisyah,


Sejak akhir-akhir ini Aisyah selalu kena marah dengan mama kan??Ye, mungkin salah mama keterlaluan marah kamu. Tinggi kan suara kepada kamu.Tapi sejujurnya mama abah nak ajar kamu. Mama memang tak sanggup nak marah tapi perkara itu berlaku.


Sayang,


Mama dah sedaya upaya memahami kehendak kamu.Kamu anak yang bijak,baik dan  aktif  itu adakalanya mama tak dapat kejar apa yang kamu inginkan. Satu sebabnya  mama terlalu penat. Aisyah tahu kan kudrat mama tak sekuat mana. InsyaAllah setiap hari mama doa  supaya hari ini dan hari selepas ini lebih baik dari hari hari sebelumnya. Amin...


Pagi tadi hantar Aisyah kat taska, Siap makan semua mama tinggalkan Aisyah dengan cikgu dia. Alhamdulillah Aisyah pandai bawa diri. Terus bermain dengan kawan-kawan sambil senyum dan 'bai bai' mama. Dengan mudah maafkan mama. Mama amat berbangga sebab Aisyah pandai pujuk rayu mama dan abah jika Aisyah buat kesalahan. Sampai orang itu akan senyum semula padanya. Seharusnya mama  bersyukur.Miliki kamu.


Mudah mudahan Aisyah diberi perlindunganNya kat taska tu dan bertambah sihat hendaknya.




I LOVE YOU!! Tiada full stop......love u forever!!