Semua orang ada cara tersendiri. 
Bagi saya perkataan 'kurang ajar ' pada kanak-kanak yang baru berusia 2+++  memang tak masuk akal. yela budak berusia itu mana dia tahu apa itu kurang ajar..Salah ke anak-anak meronta, menunjukkan perasaan dan meminta apa yang dia inginkan?
Tak ada cara lain melainkan kita beri peluang pada dia untuk anak kecil bagitahu apa yang dia inginkan.Biarkan dia memberitahu dan bercerita apa hasrat dia sebenarnya, dari situ dia dapat tahu cara mengawal dan menahan emosi disamping itu dapat membina keyakinan diri mereka.Itu yang penting.
Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji  kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah
 bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan 
sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.” 
Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin 
bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya .
Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan 
menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu 
bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka 
perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, 
tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.
Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa 
hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti 
diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.
|  | 
| Saya anak yang baik dan bijak.Itu yang mama abah pening fikir untuk melayan karenah saya. | 
 
