Aisyah Zahraa | Saya Happy!!


Kanak-kanak pra sekolah semakin pintar  dan berani melakukan apa yang dia inginkan. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam proses membesarkannya pelbagai pendidikan diajar untuk memastikan dia menjadi insan yang berguna dan berkeyakinan. Dalam menuju kepada pembesarannya yang cemerlang seorang kanak-kanak itu menyerlahkan kepintarannya. Ikuti 6 petanda si kecil anda pintar.
1.      Ceria dan aktif

Seorang kanak-kanak yang mudah selesa dengan persekitaran barunya. Ceria dan aktif apabila bersama kumpulan sebaya. Sikapnya yang ceria membuatkan dia disenangi oleh rakan sebayanya. Malah oleh kerana kemahiran komunikasinya, dia mudah mempunyai teman baru. Malah tidak mustahil dia popular di kalangan rakan sebaya kerana sikapnya yang ceria dan aktif. 



2.      Mudah berinteraksi

Sikapnya yang tidak pemalu dan berani membuatkan dia mudah berinteraksi dengan orang lain. Malah tutur katanya kuat dan lantang walaupun kadang kala anda atau guru tidak tahu apa yang ingin disampaikan. Tambahan pula, ketika usia ini sifat ingin tahunya semakin tinggi yang membuatkan dia sring mengajukan soalan dalam kelas. Seorang ibu bapa atau guru yang baik harus sentiasa member peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan rasa ingin tahunya. 


3.      Berani
Sikap berani berkaitan dengan keyakina dalam diri seseorang. Begitu juga dengan pergaulan sosialnya. Dia berani mendekati rakan atau orang yang lebih berumur darinya. Dengan itu, dia mudah mesra dengan orang yang dikenalinya. Tidak mustahil dia disenangi oleh orang dewasa atau rakan sebaya walaupun baru berkenalan. 

4.      Bersikap sukarela
Walaupun masih digelar kanak-kanak dan dunianya kadangkala penuh fantasi, dia juga mempunyai sifat sukarela atau ringan tulang. Apabila minta tolong daripadanya, dia sukar untuk menolak. Sebaliknya terus melakukannya. Malah dia juga cuba melakukan tugas yang diamanahkan walaupun tidak sempurna. Namun, sikapnya itu harus dipuji kerana dia ingin membantu. 

5.      Kebolehan akademik
Dia minat menulis dan melukis. Apabila guru di tadika menyuruh melakukan latihan dalam kelas, dia akan melakukannya dengan tekun. Walaupun kadangkala mengganggu rakan sebelahnya. Dia juga suka membelek majalah atau buku yang menarik perhatiannya. Tanamkan minat suka membaca ini dalam dirinya secara berterusan.

 6.      Sahsiah dan rohani
Sebagai seorang Muslim, si kecil ini juga didedahkan dengan keagamaan. Secara spontan, apabila disuruh sembahyang dia akan mengambil wuduk dan mengerjakan solat. Sikap ini menunjukkan dia mempunyai disiplin diri terhadap persekitarannya.




****syukur kepada Yang Maha Esa mengurniakan anak seperti kamu..
Semua ibu bapa hendak yang terbaik untuk anak-anaknya..

Ya Allah, Sesungguhnya aku berdoa hanya padaMu.Aku amat bersyukur dengan nikmatMu.
Jadikan anak ku anak yang solehah, patuh pada ajaran dan agamaMu,hormati orang tuannya,tubuh badan yang sihat, bijak akal fikiran dan sempurna akal fikirannya...
amin.........