Aisyah Zahraa | Sayang Mama dan Abah

Saya tahu dengan perangai saya sekarang.sangat-sangat mencabar abah dan mama. Lately saya akan buat perangai, ye itu saya tahu.Syukur abah dan mama sangat sabar dengan saya.

Saya mesti dapat apa yang saya inginkan, kalau tak saya akan menangis sekuat hati.Abah dan mama akan seupaya memujuk saya.Saya bukan mengada-ngada.Mungkin saya masih kecil lagi.hehehhe..Saya tahu kekadang mama tak tahan dengan apa yang saya lakukan.Abah akan cuba pujuk saya dan berjaya pujuk saya.sebab saya begitu beremosi.saya mesti nak mama! mama! ..............

Saya berterima kasih kerana abah sabar melayan karenah saya.Manjakan saya.Saya tahu dia akan marah kalau perkara yang saya lakukan itu salah. Saya juga tahu, sepanjang mama berpantang melahirkan saya, abah la yang lakukan semuanya. Jaga mama dan jaga saya.Dia risau kan saya.Dia sentiasa  memikirkan  masa hadapan saya.Semua itu saya tahu. 

Abah adalah lelaki pertama yang saya jumpa.Yang pertama saya kenal suara,rupa dan jiwanya.Abah sangat baik. walaupun penat bekerja , abah sanggup melayan dan bermain dengan saya. tidurkan saya.

Betul kehadiran, seorang bapa juga amat penting untuk kehidupan anak. Saya bersyukur mempunyai abah. dan saya yakin mama pun sama . Terima kasih atas segalanya.Mungkin saya tak boleh engat semuanya apa yang abah lakukan tapi saya boleh rasakannya, kasih sayang abah.
 

Saya sayang abah dan mama!!