Aisyah My Baby

Anak mama yang comel.Aisyah sekarang 2+ years.Semua perkara dia sudah faham.
Pandai berdikari.Semua nak buat sendiri.Pakai baju seluar sendiri.Mandi and gosok gigi sendiri.Makan sendiri,no suap-suap like baby okey. tapi mama abah tetap kena awasi dia.Ye kadang-kadang hilang sabar dibuatnya.Sepatah cakap dua tiga dia jawab.
Last-last dia pula yang marah kita.Terbalik pulak.


Dia sukakan kesempurnaan.Mana dia ambil barang mainan disitulah dia akan letakkan semula.Kalau masa mandi terus badan dia kena air mesti dia marah,dia nakkan aturan dari buka pampers, baju, basuh muka,gosok gigi barulah boleh basahkan badan dan seterusnya...dari a-z...Lepas mandi dia mesti ambil air wuduk ( cara dia la janji air kena muka rambut tangan telinga dan last kaki) Konon-konon macam mama la.kalau tak bagi tak pasal kena ulang dari mula.Penat!!Time nak pakai baju pun sama.tak boleh pakai baju dulu kena satu persatu.Memang kena ambil masa untuk siapkan dia.


Dari kecil memang aisyah tak suka tengok tv.tengok pun masa iklan je.habis iklan dia sambung la main balik.main la sepuas-puasnya.Setakat ini mama abah suruh tido, dia akan tido ikut masa.Mula-mula memang kena sabar untuk biasakan dia tido pada masa yang sama.Menangis tu normal bagi dia nak tido.Dalam jam 8.30-9.30 malam dia mula mengantuk, dia akan mintak susu dan bukak la rancangan kegemaran dia dalam laptop tue.Mamai-mamai terus tido.Pagi dalam jam 7-7.30 pagi macam dia dah bangun.


dulu

sekarang
..........i love you Aisyah Zahraa'.