Aisyah Zahraa | Face of Aisyah

 Subhan'AllahTapak indahnya ciptaan Mu Ya Allah...
dulu tapak kaki aisyah masa lahir besar ibu jari tangan papa..
dulu aisyah tinggiya dari hujung jari ke siku papa..
dulu berat aisyah satu pack gula 2 kilo..
Alhamdulillah sekarang semuanya dah bertambah..

 Dulu rambut masa aisyah lahir rambut lebat..
lepas tu mamapapa gunting dan cukurkan hahahhaha..
sebab tu aisyah dalam gambar ni rambut dah sikit..semua ni supaya aisyah dapat rambut yang baru yang lagi cantik...huhu..
 Tengok! kan cantik tu rambut aisyah...lepas mandi semuanya pacak-pacak..haha..sekali tengok macam baby boy lak..huhu...
Rambut aisyah ni jenis cepat je panjang..bila dah panjang dah tak pacak-pacak dah semuanya dah turun..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai dah boleh ikat macam ni..
cantik tak aisyah..? cantik kan.. 


______________________________________________________________________
Agak popular dalam masyarakat kita mengadakan majlis yang diistilahkan sebagai 'cukur jambul' yang menjadi adat turun temurun. Artikel ringkas ini menukilkan beberapa nas dari sunnah untuk melihat adakah amalan cukur jambul ini menepati satu sunnah atau adat sahaja dan bagaimana pandangan Nabi mengenai hal ini.

Islam mempunyai cara dalam menguruskan rambut dan ada hukumnya tersendiri yg berkaitan dengannya spt mencukur rambut anak yang baru lahir dan masalah mengqaza‘ rambut.
 

Mencukur Rambut Anak Baru Lahir
Adalah Sunat mencukur keseluruhan rambut anak (lelaki atau perempuan) yang baru lahir pada hari ke-7 (selepas kelahirannya). Menurut pendapat yang ashah (paling sahih), sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, sekiranya mampu. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak yg baru lahir tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

"Rasulullah telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Qaza‘ (Mencukur sebahagian rambut)
Qaza'  iaitu mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah dilarang oleh Nabi. Ia adalah cukuran sama ada di tengah kepala meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA katanya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rasulullah menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :
"Sesungguhnya Nabi telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya pada rambut itu banyak perkara-perkara yang berhubungkait dengan hukum, sama ada perkara yang dilarang atau yang disunatkan. Oleh yang demikian, adalah wajar diketahui perkara-perkara tersebut agar tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan amal atau tidak terlanjur pada melakukan kesalahan.

Rujukan: Buku-buku Fiqh

Petikan dari Ustaz Hashim al-Maranji
______________________________________________________________________